Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Jabatan Kecemasan



Pengenalan

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Kota KInabalu dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuklah pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan ’definitive’, Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC ), dan pengendalian pasukan perubatan.Perawatan pesakit adalah berdasarkan ketenatan dan keadaan klinikal pesakit.

Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas termasuklah fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit. Selain itu, beberapa pendekatan lain bagi pesakit seperti aktiviti pendidikan kesihatan. Ia menjadi aktiviti perkhidmatran di Jabatan Kecemasan & Trauma khususnya.

Oleh kerana Hospital Wanita dan Kanak-Kanak adalah Jabatan Kecemasan dan Trauma yang ketiga di Kota Kinabalu, ia berfungsi sebagai pusat bantuan apabila berlaku bencana.

Visi

Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang efisyen, selamat dan persekitaran yang mesra dengan meninggikan tahap kualiti, menghormati maruah pesakit, bertanggungjawab dan berbudi bahasa.



Misi

Kami komited kepada :

1. Menyediakan pengurusan masa yang tepat, sesuai dan fokus terhadap pesakit dan keluarga serta menjadikan Jabatan Kecemasan sebuah tempat yang selamat dalam memberi perawatan kepada pesakit.

2. Menyediakan perancangan yang tepat untuk pesakit dengan mendapatkan nasihat dari unit atau disiplin yang lain dan ini akan menjanjikan perawatan, efektif, menjimatkan masa dan kos.

3. Berkerjasama dengan komuniti tempatan dan kebangsaan, sektor bukan kerajaan ( swasta ) dan bantuan penyelamat yang lain bagi mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan perawatan kecemasan khususnya.

4. Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan pembelajaran yang berterusan berpandukan ”Clinical Practice Guidelines” ( CPG ) dan sesi paktikal yang menyeluruh.

Visi

Objektif Jabatan Kecemasan & Trauma adalah menyediakan perawatan kecemasan yang komprehensif di dalam Piagam Pelanggan.

I. Memberi perkhidmatan kecemasan yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit ataupelanggan melalui kerja berpasukan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai.

ii. Memastikan dan melengkapkan semua anggota Jabatan Kecemasan dengan pengetahuan dan kemahiran agar perkhidmatan yang diberi adalah cekap, tepat dan selamat.

iii. Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

iv. Mewujudkan suasana berpasukan antara anggota Jabatan Kecemasan dan pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang dan profesional

Perkhidmatan Yang Disediakan



1. Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan. Skop kawasan perkhidmatan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak adalah di dalam lingkungan 25kilometer radius. Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.

2. Perkhidmatan Perawatan Kecemasan. Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan , nasihat yang tepat dan betul. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah : *Resussitasi dan stabilisasi pesakit, *Diagnosis dan prosedur intervensi. *Perawatan definitif. *Perawatan asthma.

3. Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC) Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol , penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumahtangga.

4. Pengurusan bencana Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.

5. Pemeriksaan Medicolegal Menjalankan pemeriksaan Medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.

6. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre ) Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Kota Kinabalu.

Zon-Zon yang Klinikal.

Zon Hijau (Zon tidak kritikal)

Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 -120 minit. Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan dibuat.

Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal )

Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 15 minit. Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun masuk wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 30 minit.

Zon Merah ( Zon Kritikal )

Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah dalam tempoh serta merta. Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut.Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

Direktori



Dr Cheah Phee Kheng
Pakar Perubatan Kecemasan
Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
088 522 600 sambungan 630
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
August 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31