Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Jabatan Onkologi dan Radioterapi

JABATAN ONKLOGI DAN RADIOTERAPI

PENGENALAN

Jabatan Onkologi dan Radioterapi Hospital Likas mula ditubuhkan pada 22.05.2006. Jabatan ini mula berfungsi sepenuhnya pada 5 September 2006 dengan diketuai oleh seorang Pakar Perubatan U52 dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan U41, seorang Ketua Jururawat U32, enam orang Jururawat Terlatih U29, lima orang Jururawat Masyarakat U19, lapan orang Juru X-ray Terapi U29 dan Penolong Jururawat Terlatih U11. Perkhidmatan yang diberi adalah perkhidmatan rawatan harian kemoterapi kepada maksimum lima orang pesakit setiap hari.

OBJEKTIF

-Pastikan ubat-ubatan kemoterapi dan rawatan radioterapi diberikan kepada pesakit dengan selamat mengikut prosedur yang ditetapkan

-Pastikan keselamatan bagi semua anggota kesihatan semasa pengendalian ubat-ubatan kemoterapi dan radioterapi

-Pastikan penjagaan yang terbaik dan berkualiti secara holistic kepada pesakit dan keluarga

-Usaha yang berterusan bagi menambah baik kecekapan dan piawaian di klinik dan persekitaran wad

-Mendidik jururawat, pegawai perubatan dan pelatih sarjana dalam bidang perawatan kemoterapi dan radioterapi

-Mengalakkan pendekatan berkumpulan (Team Approach) ke arah penjagaan yang menyeluruh apabila diperlukan

-Sentiasa mengikuti perkembangan semasa kemajuan perawatan terkini melalui pembacaan, menghadiri kursus, bengkel dan seminar secara berkala

SKOP PERKHIDMATAN



Pesakit Dalam:

Pesakit dalam yang dimasukkan ke wad bagi tujuan rawatan dan pengawasan yang berterusan di Wad Kenanga 5



Rawatan Harian:

Pesakit yang menerima rawatan kemoterapi dan dibenarkan balik (pulang) selepas selesai rawatan



Pesakit Luar:

Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit yang baru dirujuk dan rawatan susulan pada pesakit yang berulang

Menyediakan kemudahan bagi menjalankan perkhidmatan prosedur minor seperti pencucian luka



Perkhidmatan Sampingan:

Memberi khidmat kaunseling dan nasihat pada pesakit dan keluarga tentang rawatan, penjagaan dan permakanan pesakit yang menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi samada bagi kes baru dan berulang

Memberi pendedahan dan ceramah pada anggota kerja yang lain tentang kanser dan rawatan

Pengurusan mengenai rawatan Radioterapi yang dibuat di Sabah Medical Center

Lawatan pakar ke hospital tanpa pakar mengikut jadual
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
June 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30