Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat

Jabatan Peadiatrik

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran.

Ia juga turut menjadi pusat rujukan kepada hospital-hospital di seluruh daerah Negeri Sabah. Malah Jabatan Pediatrik di hospital ini turut dirujuk oleh Hospital W.P Labuan dan Hospital Lawas, Negeri Sarawak.

Antara Komponen yang terdapat dalam Jabatan Pediatrik termasuklah Unit Rawatan Talasemia, Klinik Hemato dan Onkologi, Klinik Pakar Pediatrik, Unit Retrieval Paediatrik dan Neonat.

Wad-wad di bawah Jabatan Pediatrik:

NICU

Level 1 care: 58 Katil
Level 2 care: 24 Katil
Level 3 care: 14 Katil
PICU: 12 Katil
Wad Melur 1: 50 Katil
Wad Melur 2: 54 Katil
Wad 4A (Pediatrik Onkologi): 28 Katil
Wad 4B (Pediatrik Hematologi): 28 Katil
Bone Marrow Transplant: 3 Katil
Jumlah Keseluruhan Katil: 271

SKOP PERKHIDMATAN

1. Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga umur 18 tahun.

Perkhidmatan tersebut merangkumi:

a)Perkhidmatan pesakit dalam
b)Klinik Pakar Kanak-Kanak
c)Perkhidmatan perubatan untuk kanak-kanak dipanjangkan ke peringkat Komuniti
d)Immunisasi untuk kes-kes cicir

2. Memberi latihan kepada pegawai perubatan, jururawat dan paramedik dalam perawatan pediatrik dan sub kepakaran

3. Bertindak sebagai advokasi bagi isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak dan Kesihatan remaja

4. Menjalankan aktiviti kualiti yang berterusan, sistem kesihatan dan penyelidikan klinikal

PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN

Perkhidmatan Sub kepakaran yang disediakan oleh Jabatan Pediatrik HWKKS:

1) Neurologi 
2) Onkologi / Hematologi 
3) Penyakit Berjangkit 
4) Kardiologi
5) Endokrin
6) Rawatan Rapi Pediatrik 
7) Neonatology
8) Nefrology

OBJEKTIF

1) Mengurangkan kadar kematian dan mobiditi dikalangan bayi
baru lahir dan pesakit pediatrik.

2) Semua pesakit pediatrik dan neonate yang dimasukkan ke hospital mendapat rawatan perubatan yang komprehensif untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental yang sihat.

3) Memberi pendidikan kesihatan dan tunjuk ajar kepada ibu/bapa/penjaga agar dapat meneruskan perawatan dirumah.

VISI BAHAGIAN/UNIT

Jabatan Pediatrik, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah akan menjadi sebuah pusat yang berprestij dalam perawatan pediatrik perubatan di Negeri Sabah, dan pusat rujukan utama untuk pesakit pediatrik dalam negeri.

MISI BAHAGIAN/UNIT

Jabatan Pediatrik, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti mengikut strategi (dalam piagam pelanggan seperti yang) berikut:

  1. Pendekatan Holistik merangkumi promosi, pencegahan, rehabilitasi dan penjagaan paliatif.
  2. Menghormati pesakit pediatrik sebagai seorang individu dan diberi hak untuk mereka memilih atau menyuarakan pilihan mereka.
  3. Penerapan budaya memberi perawatan yang berkualiti berdasarkan nilaian kualiti dan audit
  4. Memastikan semua anggota diberi peluang dan galakkan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran melalui pendidikan berterusan
  5. Menyokong dan melindungi hak asasi kanak-kanak yang berkaitan dengan isu-isu tempatan dan nasional
  6. Menerapkan nilai-nilai Budaya Korporat, penyayang , kerja berpasukan dan mengamalkan profesionalisme dalam aktiviti harian
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
May 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31