Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Jabatan Pembedahan Kanak-Kanak

Jabatan Pembedahan Pediatrik bermula sejak February 1992 di Hospital Queen Elizabeth diterajui oleh (Pakar) Mr. Shunmugam Rajah untuk rawatan pembedahan kanak-kanak di peringkat usia baru lahir sehingga 12 tahun.

Pada tahun 2005, Jabatan ini telah dipindahkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang mana ketika itu dikenali sebagai Hospital Likas.

Jabatan ini terletak di Bangunan HWKKS Aras 6 (Wad Melur 3) dengan 42 Katil (8 Katil untuk melecur/terbakar) untuk menampung semua pembedahan major dan minor, elektif, kecemasan dan melecur (burns).

Pada bulan Mac 2015, kes kebakaran atau melecur diambil alih daripada Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif

Info tambahan:

Pada masa ini, terdapat tiga orang pakar bedah (1 Senior Consultant, 2 Pakar) dan enam orang Pegawai Perubatan (MO).

Currently, there are 3 Pediatric Surgeons (1 senior consultant, 2 specialist) in the department with 6 Medical Officers.

Klinik Pembedahan Kanak-Kanak terdapat di Aras 1 Bangunan HWKKS beroperasi dari Isnin - Khamis.

Pembedahan Minor (Rabu), Pembedahan Major (Selasa dan Khamis), Pembedahan Kecemasan (Setiap hari bergantung kepada Kes)

VISI

Menyediakan perawatan menyeluruh secara optima, moden dan berkualiti kepada semua bayi baru lahir, bayi dan kanak-kanak yang mempunyai masalah berkaitan pembedahan di Sabah

Menaik taraf Jabatan Pembedahan Pediatrik menjadi tempat rujukan yang mempunyai kemudahan dan peralatan yang mencukupi menyamai mana-mana pusat rujukan di negara ini dan di seluruh dunia

MISI

Mencapai kecemerlangan pengurusan dalam perawatan pesakit, pembelajaran dan kajian

Niat kami memberikan perawatan kesihatan yang terbaik kepada pesakit juga melalui pembelajaran dan aktiviti kajian yang berkualiti dan kos efektif

Semua aktiviti kami berpandukan intipati berikut:
Penambahbaikan Kualiti
Pedekatan Secara Berkumpulan
Kebertanggungawaban kepada Orang Awam

Objektif

1. Memberikan perawatan moden dan berkualiti kepada pesakit pembedahan kanak-kanak dibawah penyelian pakar pembedahan pediatrik
2. Memperbaiki kecekapan dan piawaian di klinik-klinik, wad dan dewan bedah secara berterusan
3. Menggalakan "pendekatan secara berkumpulan" secara menyeluruh terhadap perawatan setiap masa
4. Memberi pengetahuan kepada jururawat, pegawai perubatan dan pelatih pembedahan dalam perawatan kanak-kanak
5. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa pembedahan melalui pembacaan, mesyuarat, bengkel, konferen setiap masa
6. Memberikan perawatan 'After Care' dan rehabilitasi jangka panjang bagi kanak-kanak yang memerlukan

Perkhidmatan yang disediakan:

Memberi perkhidmatan terhadap semua kanak-kanak dengan masalah berkaitan pembedahan
Semua rujukan pesakit baru dirujuk kepada Pakar Bedah / Penyedia Penjagaan Kesihatan
Menyediakan perawatan optima sebelum dan selepas pembedahan
Melakukan pembedahan minor dan major
Melakukan prosedur minor di wad (Cth: Rectal Biopsy, Wound care)
Pengurusan kes kebakaran / melecur termasuklah (dressing & timely follow up)
Memastikan temujanji berjalan dengan lancar untuk perawatan berterusan

PIAGAM PELANGGAN



1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

2. Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.

3. Setiap pesakit akan ditempatkandi katil dalam tempoh 5 minit.

4. Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 45 minit.

5. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

6. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang di cadangkan termasuk risiko dan pilihan yang baik.

7. Semasa discaj, setiap pelanggan akan diberitahu 18 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad.

8. Setiap pelanggan akan diberikan; a) Kad tarikh temujanji b) Ringkasa discaj c) Surat rujukan d) Kepingan caj hospital e) Pendidikan kesihatan.

AKTIVITI


1. Mesyuarat:

-Department

-Peri-operative mortality meeting

-Interdepartment meeting (pathology conference, radiology conference)



2. Continuous Medical Education (CME). -Hospital level

-National level

-International level



3. Visiting specialist to other hospital;

Hospital Labuan

Hospital Lahad Datu

Hospital Tawau

Hospital Sandakan

Hospital Kudat

Hospital Ranau

Hospital Keningau

Hospital Beaufort



4. Organize state level conference.

Pediatric Burn & Taruma Update

Esophageal Atresia Workshop

Paediatric Tumour Update



5. Safe Surgery For Children: Statewide Awareness Campaign to other hospital (Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Ranau, Kota Belud, Beaufort, Sipitang, Semporna, Kudat, Keningau, Labuan)



6. Pediatric Surgery Family Day “Children, parents and staff get together”



 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
October 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31