Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Jabatan Pembedahan Pergigian Kanak-Kanak

JABATAN PEMBEDAHAN PERGIGIAN PEDIATRIK PENGENALAN Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian kepada pesakit kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah yang dirujuk. Jabatan ini dianggotai oleh seorang Pakar Perunding U54 selaku Ketua Jabatan dibantu oleh seorang Pakar Pergigian Pediatrik dan Pegawai Pergigian U41,seorang Jururawat Pergigian U32 dan seorang Juruteknologi Pergigian U32 dan U29, dua orang Jururawat Pergigian U29, lima Pembantu Pembedahan Pergigian U17 dan dua Pembantu Perawatan Kesihatan U3. OBJEKTIF Memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian kepada pesakit kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah yang dirujuk. SKOP PERKHIDMATAN Perkhidmatan Pergigian Pediatrik diutamakan untuk pesakit kanak-kanak seperti berikut: • Kanak-kanak yang mempunyai kompromi perubatan • Kanak-kanak istimewa (mental dan fisikal) • Kanak-kanak dengan masalah pergigian spesifik dan kompleks • Kanak-kanak yang memerlukan rawatan pergigian dengan kaedah bius umum • Kanak-kanak yang mempunyai masalah patologi dan perubatan mulut • Kanak-kanak yang mengalami trauma oro-fasial Pembedahan pergigian di bawah bius am dijalankan setiap hari Rabu dan Jumaat. “Joint Clinic” iaitu Klinik Perundingan Gabungan di antara Pakar Ortodontik, Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Pertuturan dan Pembedahan Pergigian Pediatrik dijalankan sebulan sekali. Pakar Perunding juga membuat perundingan dan rawatan Hospital Sandakan dan Tawau dua hari dalam sebulan.
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
March 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31