Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat

UNIT REKOD PERUBATAN

Unit Rekod Perubatan merupakan unit sokongan hospital yang bertanggungjawab menyimpan rekod-rekod perubatan pesakit dan mengendalikan Laporan Perubatan Pesakit. Unit ini mula beroperasi pada 10 November 2004 yang terletak di Aras 4, Bangunan Hospital Likas pada ketika itu.

Perjawatan

  • Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan Gred N32) - Seorang
  • Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan Gred N27) - Seorang
  • Ketua Pembantu Tadbir Gred N22- 2 Orang
  • Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 - 2 Orang
  • Pembantu Operasi Gred N11- 2 Orang
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 - Seorang

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan Jabatan Rekod Perubatan yang amanah dan dapat menjaga kerahsiaan maklumat hospital
  2. Meningkatkan taraf keselamatan Jabatan Rekod Perubatan serta tempat simpanan Rekod Perubatan Pesakit
  3. Mewujudkan satu sistem Rekod Perubatan Pesakit yang terpelihara dan boleh dirujuk bagi tujuan Maklumat Perubatan, Perawatan, Pengajaran, Pembelajaran, Perundangan dan Penyelidikan.
  4. Memahami Pengurusan Sistem Rekod Perubatan dan menyesuaikannya mengikut perkembangan teknologi dan kehendak semasa.
  5. Memastikan agar dapat mengkodkan (Coding) jenis-jenis penyakit dengan lebih depat.
  6. Memastikan agar dapat mengumpul dan menyediakan Penyata Perangkaan Hospital yang mudah, sistematik dan boleh dipercayai.

VISI

Meningkatkan taraf sistem keselematan perubatan atau penjagaan Rekod Perubatan serta maklumat kesihatan dengan mengutamakan kualiti perubatan disamping menyediakan perkhidmatan yang mesra, penyayang dan memenuhi kehendak pelanggan berlandaskan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan bagi membolehkan setiap pelanggan menikmati peningkatan mutu kesihatan dan kehidupan

MISI

Mewujudkan sistem perkhidmatan Rekod Perubatan dan Maklumat Pesakit yang berkualiti dan sistematik melalui perkhidmatan yang cekap, teratur dan memenuhi kehendak pelanggan.

 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
March 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31