Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Jabatan Sajian dan Dietetik

JABATAN SAJIAN AND DIETETIK PENGENALAN Unit Dietetik & Sajian adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan hospital. Unit Dietetik & Sajian merupakan bangunan setingkat yang terletak berasingan dengan blok bangunan utama. Unit Dietetik & Sajian mempunyai 2 fungsi utama iaitu: Perkhidmatan Dietetik
•Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit luar dan dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
Perkhidmatan Sajian
•Menyediakan hidangan serta membekalkan makanan kepada pesakit di dalam wad dan anggota yang berkelayakan.
Waktu operasi bagi perkhidmatan dietetik klinikal ialah waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Perkhidmatan dietetik klinikal tidak beroperasi pada hari minggu serta hari kelepasan am. Bagi pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan, temujanji perlu dibuat terlebih dahulu dengan Pegawai Dietetik. Waktu operasi bagi perkhidmatan sajian pula ialah dari jam 6 pagi hingga 6 petang setiap hari. OBJEKTIF UMUM Untuk memastikan Perkhidmatan Makanan dan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Promosi Kesihatan dilaksanakan secara Professional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan. OBJEKTIF KHUSUS
•Untuk memastikan diet normal dan diet terapeutik dibekalkanmengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua, tiga danwad kanak-kanak.
•Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas penggilan, mengikut kelayakan.
•Untuk memastikan khidmat “MedicalNutrition Theraphy bagi “Oral diet” serta “nutrition support” diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
•Untuk memberi LatihanPraktikal Katering dan “Internship” dietetik kepada pelatih daripada Institusi Pendidikan Tinggi.
•Untuk menggalakkan penglibatan di dalamkajian serta penyelidikan Katering dan Dietetik Klinikal/Dietetik komunitimengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
PIAGAM PELANGGAN

•Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.
•Makanan siap disediakan 15 minit sebelum diedarkan.
•Semua makanan yang disediakan adalah mengikut menu, bermutu, bersih,segar, mencukupi dan halal.
•Semua makanan siap disediakan pada:
Sarapan pagi7.30 pagi
Makan tengahari12.30 tengahari
Minum petang3.00 petang
Makan malam5.30 petang
SKOP PERKHIDMATAN UTAMA Perkhidmatan Dietetik:
•Pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat Medical Nutrition Therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring dan evaluation termasuk dokumentasi.
•Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
•Latihan internship dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
•Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.
Perkhidmatan Sajian:
•Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet, samada diet normal atau diet terapeutik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan.
•Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga. Rujukan : Bil (55)dlm.KKM 203/18 Jld.3, bertarikh 12hb Disember 2001, Pengecualian caj bagi kes-kes ibu/penjaga menemani anak di wad atau ’mother accompanying child’.
•Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu. Rujukan : Bil(45)dlm.KKM-87(P20/205/1) Bhg.7, bertarikh 23hb Ogos 2001, Bekalan susu formula untuk bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif.
•Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital, akan dibekalkan diet kelas satu. Rujukan : Bil(39)dlm.KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, Minuman dan makanan bagi pegawai-pegawai perubatan dan doktor siswazah.
•Latihan praktikal katering akan diberi kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
•Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
March 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31