Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Unit Fisioterapi

PENGENALAN

Unit Fisioterapi telah memulakan perkhidmatan pesakit dalam (wad) pada tahun 2005. Unit ini telah menambah perkhidmatan sepenuhnya kepada pesakit dalam dan pesakit luar pada tahun 2006. Buat masa ini, terdapat 15 ahli fisioterapi yang memberikan serta menyediakan perkhidmatan kepada pesakit onkologi, pediatrik dan kesihatan wanita.

OBJEKTIF



1. Menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan Fisioterapi bagi pesakit dalam dan luar berdasarkan sumber-sumber yang ada dan prosuder kualiti operasi Unit Fisioterapi.

2. Memberi khidmat nasihat, penerangan, tunjuk ajar dan program promosi pendidikan kesihatan pesakit yang berkaitan melalui kaedah ceramah dan risalah.

3. Melaksanakan program rawatan Fisioterapi yang sistematik berdasarkan Care Protocol Fisioterapi, POMR Fisioterapi dan Etika Fisioterapi.

4. Memastikan perkhidmatan yang diberi memenuhi kehendak dan memuaskan hati pelanggan melalui Piagam Pelanggan Fisioterapi, Carta Aliran Rawatan Fisioterapi, 10 Penjenamaan Baru KKM, Fail Meja Fisioterapi, Kawalan Jangkitan KKM, Polisi Penyusuan Ibu KKM dan Kajian Kepuasan Hati Pelanggan.

VISI

Unit Fisioterapi akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan berwawasan demi pengetahuan, perawatan dan pemulihan yang berkesan serta menerapkan nilai-nilai budaya korporat.

MISI



1. Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan kepada masyarakat yang memerlukan pemulihan awal, maksimum dan optima untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian.

2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota hospital dan masyarakat tentang peranan dan sumbangan unit Fisioterapi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dari segi perawatan pemulihan Onkologi, kesihatan wanita dan pemulihan kanak-kanak.

3. Meningkatkan kerjasama di antara unit Fisioterapi dengan unit-unit dan jabatan-jabatan lain di dalam dan luar hospital untuk meningkatkan tahap perkhidmatan perawatan, pengetahuan dan pemulihan yang berkesan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Perawatan Fisioterapi bagi Hospital Wanita dan Kanak-kanak merangkumi:

I. Perkhidmatan Pesakit Dalam

- Unit Rawatan Rapi (Pediatrik/Dewasa)

- Neuro-Pediatrik

- Perubatan Pediatrik

- Kesihatan Wanita

- Burn / Kelecuran

- Pembedahan Amv - Onkologi

- Wad Multidisiplin





II. Perkhidmatan Pesakit Luar

- Kesihatan Wanita

- Gimnasium

- Elektroterapi / Physical modalities

- Neuro-Paediatrik

- Lymphoedema

- Ortopedik kanak-kanak





2. Perkhidmatan Pesakit Dalam termasuk Wad Kenanga 1,2,3,4,5, Neonate Intensive Care Unit (NICU) Level 1,2, 3, Melur 1 & 2, Unit Rawatan Rapi (GICU), Paediatric Intensive Care Unit (PICU), Paediatric Surgical Intensive Care Unit (PSICU), wad Onkologi, wad Radioterapi & wad Bone Marrow Transplant.

3. Selain daripada itu perkhidmatan pendidikan pesakit antenatal dan post natal serta Pendidikan “CME Backcare”.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan senyuman, mesra dan bertimbangrasa.

2. Pendaftaran setiap pesakit selama 5 hingga 7 minit.

3. Setiap pesakit dalam yang dirujuk akan dilayan dalam masa 24 jam selepas pendaftaran pada hari bertugas sahaja.

4. Rawatan Fisioterapi mengambil masa selama 15 hingga 60 minit bergantung pada jenis rawatan.



WAKTU OPERASI

Hari Masa Program/aktiviti

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 01.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang





Perkhidmatan Fisioterapi bagi pesakit Dalam & Luar

Jumaat

8.00 pagi - 11.30 pag

2.00 petang – 5.00 petang

* Sabtu

(Setiap Sabtu ke-2 & ke-4)

9.00 pagi – 11.30 pagi



Kelas Senaman Antenatal & Postnatal bagi bakal ibubapa

*Kepada bakal ibubapa yang berminat untuk menyertai kelas senaman Antenatal & Postnatal, perlu berdaftar dengan Klinik O&G, HWKKS terlebih dahulu.

Urusan temujanji / Kemuskyilan / keterangan lanjut, sila hubungi :

UNIT FISIOTERAPI
JABATAN PERUBATAN REHABILITASI
HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH
KARUNG BERKUNCI NO.187
88996 KOTA KINABALU
TEL: 088-522600 Sambungan 626
FAKS: 088-438512
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
June 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30