Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Unit Hemodialisis

UNIT HEMODIALISIS PENGENALAN Perkhidmatan Unit Hemodialisis bermula pada 25.4.2005. Unit ini diketuai oleh seorang Pembantu Perubatan U 32 yang bertindak sebagai pegawai yang menjaga unit dan dibantu oleh 9 orang kakitangan U 29 dan 2 anggota Pembantu Perawatan Kesihatan U 3. Pada masa ini, Unit ini dipantau oleh seorang Pakar Pelawat Nefrologi daripada Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu yang datang setiap 3 bulan atau jika perlu. OBJEKTIF
•Memberi dan menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit Buah Pinggang.
•Memberi rawatan hemodialisis serta membantu membuat Pre Renal Transplant Preparation (work out) sebagai langkah awal dalam persediaan sebelum pembedahan pemindahan buah pinggang yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur.
• Menyediakan perkhidmatan rawatan Buah Pinggang kepada pesakit-pesakit satelit yang telah diterima masuk dalam program mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
•Memberi perkhidmatan rawatan ‘Acute Hemodialisis’ kepada kes-kes kecemasan.
•Membantu pesakit-pesakit selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.
POLISI PERKHIDMATAN
•Pesakit-pesakit tertentu yang akan diberi keutamaan seperti pesakit yang sedang menunggu pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (hospital kerajaan sahaja).
•Pesakit-pesakit yang telah menjalani pembedahan pemindahan Buah Pinggang di Hospital Kuala Lumpur tetapi telah mengalami kegagalan (Rejection).
•Kes-kes ‘Acute Renal Failure’ mungkin akan diberi rawatan ‘acute hemodialisis’ jika rawatan ‘Peritoneal dialisis’gagal atau tidak dapat dilakukan (contraindication).
Peraturan serta kriteria berkenaan dengan pengambilan dan kemasukan pesakit dalam program rawatan hemodialisis :-
•Pengambilan dan kemasukan pesakit adalah berdasarkan, Siapa dahulu dia dapat (first comes first served).
•Pesakit terdiri daripada orang tempatan (warganegara).
•Pesakit-pesakit yang akan menjalani rawatan dialisis mestilah bebas daripad Hep. B, Hep.C dan HIV mesti menjalani ujian saringan terlebih dauhulu sebelum diterima menjalani rawatan.
•Pesakit telah mempunyai ‘AVF’ atau ‘BCF’.
•Pesakit-pesakit perlu menjelaskan caj rawatan terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan rawatan (perintah am).
•Pesakit bukan warganegara adalah tidak layak menerima rawatan dialisis.
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
March 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31