Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Unit Teknologi Maklumat

Fungsi:

* Mengurus tadbir ICT Hospital
* Mengurus Projek ICT termasuklah memohon kelulusan JPICT dan peruntukan berkaitanl
* Membangunkan dan Menyelenggara Sistem-Sistem termasuklah sistem in-house dan Sistem yang dibekalkan Kerajaan
* Menyelenggara Peralatan ICT di HWKKS
* Membuat Perolehan Komputer dan Peralatan ICT yang berkaitan, sebagai penyedia spesifikasi dan ahli jawatankuasa teknikal
* Mentadbir, menyediakan, memantau rangkaian intranet dan internet yang dibekalkan kerjaan
* Memberi sokongan Teknikal dan khidmad nasihat berkaitan ICT
* Membuat Penyelenggaraan Preventive dan Correction / Troubleshooting
* Memastikan sistem-sistem dan aplikasi boleh digunakan dengan sempurna
* Wakil ICT HWKKS di JKN Sabah
* Memberi kursus dan latihan kepada kakitangan
* Memastikan panduan dan aspirasi ICT Kementerian dipatuhi
* Menaik taraf dan meningkatkan keupayaan Infrastruktur dan teknologi berkaitan ICT di HWKKS


Kakitangan ICT:
1. Seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44
Ketua Unit ICTl
2. Seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (3 Orang)
4. Juruteknik Komputer Gred FT17 (2)
5. Pembantu Tadbir Gred N17


OBJEKTIF:

Menyediakan perkhidmatan sokongan teknologi maklumat kepada semua pengguna hospital dalam usaha ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam sistem pentadbiran KKM dan kesihatan orang ramai.

VISI

Untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang terbaik kepada semua pengguna perkhidmatan ICT HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH.

MISI

Untuk menjadikan warga hospital yang mahir menggunakan ICT seiring dengan perkembangan teknologi perubatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cemerlang



TUGAS UTAMA

1) Merancang dan memperkukuhkan infrastruktur ICT

2) Memastikan semua aduan pengguna berkaitan ICT diberi perhatian dan diselesaikan

3) Memastikan Laman Web Hospital dikemaskini

4) Memastikan semua aplikasi KKM dan EG berfungsi dan boleh dicapai

5) Memastikan Rangkaian Setempat (LAN) di HWKKS beroperasi dengan baik dan boleh dicapai sepanjang masa

6) Memberikan kemudahan Intranet dan Internet kepada petugas HWKKS

7) Memastikan penggunaan ICT mematuhi dasar-dasar kementerian seperti Dasar Keselamatan ICT KKM

8) Memastikan aktiviti housekeeping terhadap semua komputer dilaksanakan

9) Memberikan khidmad nasihat dan sokongan teknikal



PIAGAM PELANGGAN

* Membangunkan sistem untuk kegunaan pengguna ICT di HWKKS

Memastikan 100% aduan pengguna ICT bagi urusan kewangan (di dalam skop) diselesaikan dalam masa 4 jam

* Memastikan 100% aduan pengguna ICT yang lain (di dalam skop) diselesaikan dalam masa 4 hari bekerja

* Semua urusan pengwujudan, pengaktifan, pembatalan, pemindahan dan tukar kata laluan hendaklah diselesaikan dalam masa tiga hari bekerja dari tarikh permohonan
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
September 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30