Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Unit Kerja Sosial

PENGENALAN Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP), Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) mula beroperasi pada bulan Mac 2005. Unit ini dianggotai oleh 3 orang kakitangan yang terdiri dari Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) S44, PKSP S41 dan Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan S27 CARTA ORGANISASI
PENGARAH HOSPITAL DR HJ RAZAK B TAMBI ADK PKSP S44 WAN MOHD AMINUDDIN WAN ISMAIL PKSP S41 NORHIDAYAH BT MD ISA PPKSP S27 YAAKUB B ALIP
OBJEKTIF Memberikan perkhidmatan psikososial dan kebajikan spesifik kepada para pesakit serta bekerjasama dengan disiplin-disiplin lain yang terdapat dalam hospital secara pendekatan berkumpulan (Team Approach) agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada para pesakit. VISI Untuk mewujudkan satu perkhidmatan sosial perubatan yang berkualiti & efisien kepada semua pelanggan. MISI Untuk membantu pesakit yang dirujuk dalam aspek psikososial supaya mereka menjadi anggota masyarakat yang boleh berdikari bersesuaian dengan batas keupayaannya akibat penyakit dan masalah psikososial yang dihadapinya. SKOP PERKHIDMATAN Secara umumnya perkhidmatan utama di Unit Kerja Sosial Perubatan, dapat dibahagikan kepada dua iaitu, Terapi Sokongan dan Bantuan Praktik. Terapi Sokongan.
•Merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit yang menghadapi masalah sosial, emosi dan psikologi. Ini termasuklah kes keganasan rumahtangga, ibu tanpa nikah, penderaan /penganiayaan /pengabaian kanak-kanak, mangsa perkosaan dan lain-lain.
Bantuan Praktik.
•Merupakan perkhidmatan yang lebih tertumpu kepada membantu pesakit yang menghadapi masalah kewangan yang berkaitan dengan rawatan lanjut seperti tambang (Luar Negeri Sabah & Dalam Negeri Sabah), perbelanjaan kos rawatan, membeli peralatan, ubat serta caj hospital dan lain-lain.
CARA MEMOHON
•Mendapat rawatan di Hospital Kerajaan dan di rujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan Hospital kerajaan.
•Pesakit/keluarga perlu di temuduga oleh PKSP bagi mengetahui latarbelakang sosioekonomi dan menentukan kelayakan/ bentuk bantuan.
•Dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, surat lahir dan kad OKU hendaklah dibawa bersama.
•Lengkapkan borang permohonan serta dokumen-dokumen diperlukan untuk dihantar ke agensi berkenaan.
LOKASI UNIT Terletak di tingkat bawah HWKKS berhampiran Balai Pelawat dan di Belakang Unit Katering dan Dietetik. Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah, Karung Berkunci No. 187, 88996 Kota Kinabalu Sabah. No Telefon : 088-522600 samb. 673/674 Fax : 088-438512
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
September 2014
Add event Submit event
S M T W T F S
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30