Pengenalan
Jabatan
Unit
Lain-lain
Perjawatan dan HRMIS

UNIT PERJAWATAN DAN HRMIS

1.0 PENGENALAN

Unit Perjawatan dan HRMIS ditubuhkan pada 01 April 2014 dan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini terletak di Aras 4, Bangunan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Unit ini diselia oleh Timbalan Pengarah Pengurusan M48 dan Penolong Pengarah Kanan M44. Manakala Penolong Pegawai Tadbir N27 merupakan ketua unit ini dan mempunyai dua Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 dalam melaksanakan tugas serta aktiviti yang telah ditetapkan di dalam unit ini.

2.0 MISI



2.1 Memastikan pengurusan data perjawatan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah yang efektif, berkesan serta menepati keperluan dan tuntutan organisasi.

2.2 Memastikan semua pegawai dalam jabatan melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik.

2.3 Memastikan HRMIS sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam melalui penambahbaikan berterusan.

3.0 VISI



3.1 Membentuk dan memantapkan pengurusan data perjawatan yang efisien dan tepat.

3.2 Menjadikan HRMIS aplikasi unggul dalam pengurusan sumber manusia sektor awam bertaraf dunia melalui kecanggihan ICT selaras dengan wawasan kerajaan.

4.0 OBJEKTIF UNIT PERJAWATAN DAN HRMIS

Mengemaskini maklumat dan data perjawatan apabila ada perubahan jawatan tambahan, pindah butiran dan pemansuhan jawatan serta menyediakan laporan kedudukan perjawatan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah setiap bulan. Unit perjawatan juga bertanggungjawab membuat pemantauan ke atas laporan pengisytiharan harta, laporan nilaian prestasi dan pengemaskinian maklumat HRMIS di samping bertindak sebagai urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.

5.0 SKOP PERKHIDMATAN

5.1 Memastikan data perjawatan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah adalah sentiasa kemaskini dan tepat supaya urusan pengisian dan permohonan jawatan dilaksanakan dengan optima tanpa pembaziran sumber tenaga manusia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

5.2 Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia.

5.3 Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia.

5.4 Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.

5.5 Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui ‘single window’.

5.6 Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran ‘paperless’.

5.7 Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

6.0 PIAGAM PELANGGAN



1. Memastikan aduan/ masalah melaui meja bantuan HRMIS disellesaikan dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam mengikut capaian semasa HRMIS. Sekiranya sistem ditutup atau tergendala, aduan/ masalah yang diterimaakan diselesaikan sebaik sahaja sistem kembali pulih.

2.. Memastikan sandangan pegawai bagi lantikan baru atau bertukar keluar/masuk di JKN Sabah diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh maklumat penempatan diterima dari Unit Sumber Manusia.
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan