Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Unit Latihan

1. PENGENALAN

Unit Latihan pada satu ketika ditadbir di bawah Unit Pentadbiran Bahagian Pengurusan sehinggalah pada 30 Oktober 2013, Unit Latihan menerima arahan untuk berpindah lokasi dari Aras 4 bangunan Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah ke bangunan baru iaitu di Aras 7, Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi bersebelahan bangunan Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah disebabkan oleh kesesakan ruang akibat peningkatan jumlah kakitangan dan bagi memudahkan penyelarasan dan pelaksanaan latihan serta pengurusan kemudahan dewan PGMC. Unit Latihan mula beroperasi sepenuhnya di bangunan baru mulai Januari 2014 hingga sekarang. Unit Latihan ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 dibantu oleh tiga orang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 dan Pembantu Operasi H11 dan diselia oleh Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Pengarah hospital.

2. VISI

Menyediakan peluang kursus kepada semua kakitangan HWKKS bagi melahirkan tenaga kerja manusia yang terlatih dan kompeten dalam melaksanakan tugas dengan tahap profesionalisma yang tinggi.

3. MISI

3.1 Memastikan usaha penambahbaikan berterusan dilaksanakan didalam perancangan program latihan supaya melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan, cekap dan terlatih dalam melaksanakan tugas harian.

3.2 Memupuk nilai-nilai murni dan sikap positif di kalangan anggota Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah.

3.3 Meningkatkan kerjasama antara Agensi Kerjaan dan Swasta untuk memastikan keperluan sumber manusia HWKKS mencukupi dan tercapai.

4. OBJEKTIF

Unit Latihan memastikan 75% daripada kakitangan HWKKS menghadiri sekurang-kurangya 7 hari berkusus dalam setahun

5. SKOP PERKHIDMATAN

5.1 Mengenalpasti, merancang dan menyediakan program latihan tahunan (takwim kursus generik) bagi semua kakitangan HWKKS

5.2 Mengurus dan menyelaras kursus dalam yang dirancang

5.3 Menyelengara rekod latihan pegawai dan kakitangan HWKKS

5.4 Menyelaras penempatan program latihan seperti pelajar Kolej Jururawat Sains Kesihatan Bersekutu, pelajar perubatan dari UMS, pelajar dari pelbagai program latihan IPTA & IPTS yang mempunyai memorandum persefahaman/perjanjian (MOU/MOA) dengan KKM.

5.5 Menyelaras aktiviti CME, CNE & CPD hospital

5.6 Melaksanakan Program Orientasi Peringkat Hospital bagi anggota baharu dan pegawai pertukaran yang ditempatkan di HWKKS

5.7 Menguruskan dokumentasi bagi urusan permohonan cuti belajar bagi Pengajian Jarak Jauh/ Peningkatan Secara Lantikan (JM ke JRT) / Hadiah Latihan Persekutuan/ Permohonan dan tawaran Pos Basik serta Program Transformasi Minda (Permohonan, tawaran & pengecualian bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan).

5.8 Mencetak sijil penyertaan & sijil penghargaan (peserta & penceramah) kursus yang dianjurkan

5.9 Bertanggungjawab kepada permohonan dan stok Sijil Penghargaan & Sijil Penyertaan untuk kegunaan penganjur kursus.

5.10 Menyelaras tempahan bilik seminar & bilik mesyuarat di HWKKS dan bangunan PPNR.

5.11 Menghebahkan dan mengurus tawaran-tawaran kursus anjuran KKM, INTAN , agensi kerajaan dan swasta.

5.12 Menyelenggara laporan keberkesanan kursus.

 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
October 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31