Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Perolehan

UNIT PEROLEHAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH

1. PENGENALAN

Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 2010. Sehingga kini anggota yang bertugas di unit ini adalah seramai lima (5) orang. Unit ini berfungsi bagi memproses pembelian terus, Sebut Harga, Kontrak Perjanjian dan Kontrak Pusat.

2. VISI

Hospital Likas akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak yang berkualiti dan komprehensif yang dikendalikan oleh anggota yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan maruah manusia.

3. MISI



Hospital Likas berhasrat menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan kesihatan melalui:



a) Penyediaan perkhidmatan perubatan yang terkini berorientasikan keperluan pelanggan , mematuhi protokol piawaian semasa dan menekankan maruah manusia

b) Menggalakkan perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan

c) Memberi dan menggalakkan pendidikan dan latihan perubatan secara berterusan kepada anggota hospital

d) Memupuk anggota agar dedikasi, terlatih, berkemahiran tinggi serta mengamalkan nilai-nilai budaya koporat iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.

4. OBJEKTIF

Untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti kepada semua golongan masyarakat dengan penggunaan teknologi terkini serta memenuhi keperluan pelanggan yang menekankan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, menghormati maruah insan dan menggalakkan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti kehidupan individu, keluarga dan masyarakat.

5. SKOP PEROLEHAN

Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan.

6. CARTA ORGANISASI

Unit ini diseliakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir dan empat (4) Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab secara terus kepada Pengarah Hospital.

PERKHIDMATAN PEROLEHAN



1. PEMBELIAN TERUS

Memproses semua permohonan daripada end-user bagi bekalan/perkhidmatan.

2. SEBUT HARGA

Memproses permohonan daripada end-user sama ada perolehan secara lum sum atau berkala.

3. KONTRAK PERJANJIAN

Menyediakan kontrak perjanjian bagi sebut harga yang bernilai RM50,000 hingga RM500,000.00 peringkat Hospital.

PIAGAM PELANGGAN

1. Memproses pembelian terus / Kontrak Pusat / Kontrak Kementerian yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

2. Memproses Sebut Harga yang lengkap dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

3. Memproses Kontrak Perjanjian yang lengkap diterima daripada Pembekal iaitu (Surat Setuju Terima) dalam masa empat (4) bulan selepas disemak dan disahkan oleh PUU (Perlembagaan Undang-Undang KKM)
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
August 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31