Pengenalan
Unit Pengurusan Aset terletak di Aras 4, Bahagian Pengurusan, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak,Sabah. Mula beroperasi pada tahun 2008 dan diketuai oleh seorang Pembantu Tadbir Gred N22 dan dibantu oleh tiga (3) orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19.
Visi
Menjadikan Unit Pengurusan Aset sebagai pusat pengurusan aset yang sistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti selaras dengan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
Misi
Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset yang berkualiti, ekonomi, efisien dan cekap bagi membentuk struktur pengurusan yang teratur serta kemaskini ke arah merealisasikan misi hospital.
Objektif
Merancang, memantau dan mengawal selia Pengurusan Aset Alih HWKKS berpandukan tatacara pengurusan aset alih merangkumi Harta Modal serta Aset Bernilai Rendah
Memastikan semua aset alih di HWKKS mengikut tatacara pengurusan aset alih yang ditetapkan
Mengemukakan laporan tahunan berkaitan harta modal dan aset bernilai rendah
Pemeriksaan harta modal dan inventori,pelupusan aset alih, dan tindakan surcaj/tatatertib
Perkhidmatan
Menguruskan pendaftaran bagi aset alih yang diterima dengan merekod penerimaan aset dan pelabelan
Membuat pemeriksaan aset sekurang-kurangnya satu kali setahun setiap aset yang didaftarkan
Merekod, Menyelia dan Memantau penyelenggaraan aset yang dibuat oleh syarikat konsensi
Menerima permohonan pelupusan dan menjalankan proses pelupusan
Melaporkan kehilangan aset dan membuat hapus kira
Sebagai urusetia JKPAK yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti berikut:
Pengerusi: Pengarah Hospital
Setiausaha: Pegawai Aset HWKKS
Ahli: Semua ketua jabatan/unit/wad dan pegawai-pegawai yang dilantik sebagai pembantu pegawai aset, pegawai penerima dan pegawai pemeriksa
Mengurus aktiviti pemindahan dan peminjaman aset di dalam hospital atau pun ke hospital lain
Menguruskan permohonan kelulusan penerimaan sumbangan dan hadiah
Pegawai-pegawai di Unit Aset:
1. Pn Mary Ervina Anthony
Pembantu Tadbir Gred N22
(Ketua Unit Pengurusan Aset)
2. En Asrin Bin Emin
Pembantu Tadbir Gred N19
3. En Yuzairee Bin Yacob
Pembantu Tadbir Gred N19
4. Pn Munirah
Pembantu Tadbir Gred N19
|