Pengenalan
Jabatan
Unit
Lain-lain
Perhubungan Awam

PERHUBUNGAN AWAM

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan pada 15 Mac 2016 dan beroperasi di Tingkat 4 Bahagian Pengurusan. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pembantu Tadbir N22 dan 8 Orang Pegawai Khidmat Pelanggan. Unit Perhubungan Awam memberikan khidmat yang terbaik dan beretika dalam perhubungan awam untuk kecemerlangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah. Unit ini juga melaksanakan secara professional Maklumbalas Pelanggan ,aduan awam dan memberikan penerangan serta penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan di Hospital ini. Lawatan rasmi, kaunter informasi majlis-majlis protokol dan pemantauan media cetak, media sosial merupakan skop tadbir urus unit ini.

Objektif



Membantu orang awam mendapatkan penjelasan yang telus mengenai prosedur dan perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital ini.

Menjalankan pengurusan aduan secara berkesan bagi memastikan aduan awam mendapat maklumbalas tepat dan terlus.

Pelanggan yang berurusan dengan Unit Perhubungan Awam akan diberikan layanan yang berkualiti, cekap dan mesra bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

VISI

Menjadi saluran penghubungan antara orang awam dengan organisasi bagi memastikan pelanggan menerima maklumat dengan betul. Mendengar aduan pelanggan dalaman dan luaran bagi penambahbaikan perkhidmatan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah demi menjaga imej hospital.

MISI

Memberi perkhidmatan pengurusan maklumbalas pelanggan aduan awam,media, Kaunter Informasi, lawatan rasmi serta mengurus majlis-majlis protokol dengan baik.

PERKHIDMATAN

• Menyelaras dan memantau aduan awam,

• Urusetia Penyiasatan dalam& Bebas

• Menyelaras dan memantau aduan akhbar

• Menyelaras dan Memantau Sispaa,

• Menyalurkan maklumat serta melayan pertanyaan pihak pelanggan/orang awam secara bersemuka/ telefon dan email

• Terlibat dalam penghasilan bahan risalah/bacaan untuk pelanggan dan lain-lain.

• Meneliti dan mendengar komen serta aduan

• Menguruskan majlis-majlis rasmi agensi

• Menguruskan kunjungan pelawat ke agensi

• Memberi penerangan, kefahaman dan publisiti HWKKS

• Menyampaikan maklumat yang diterima dengan betul dan tepat

KHIDMAT PELANGGAN

• Bertanggungjawab mengendalikan panggilan dari luar dan dalam secara cekap iaitu menjawab panggilan dengan segera, sopan dan mesra serta menjawab dengan ucapan dan pengenalan jabatan.

• Bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan kaunter dengan melayan pelanggan dengan mesra, menerima aduan / masalah pelanggan serta menunjuk arah / panduan kepada pelanggan.

• Menyampaikan maklumat yang diterima dengan betul dan tepat

 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan