Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Unit Forensik

PENGENALAN

Unit Forensik Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah telah diwujudkan pada tahun 2004 di bawah jagaan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

VISI

Jabatan Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan Forensik yang berkecuali, perkhidmatan perundangan perubatan (Medikolegal) yang efisien, lengkap dan kos efektif.

MISI

Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (environmentally friendly).

OBJEKTIF

• Memberi perkhidmatan morturi yang berkualiti dan selamat yang melibatkan penerimaan dan penyimpanan jenazah (mayat) yang belum dituntut oleh pewaris, selain mewujudkan kerjasama erat antara jabatan terbabit.

• Memastikan proses penerimaan jenazah, penyimpanan jenazah dan penyerahan jenazah dikendalikan dengan cara yang penuh beradab sebagai penghormatan ke atas jenazah dan keselesaan kepada waris-warisnya.

• Menyediakan satu sistem pengurusan jenazah yang sistematik dan teratur.

• Mengurus semua kematian di hospital dan kes-kes jenazah yang dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma.

• Sekiranya terdapat kes yang perlu melakukan bedah siasat (post-mortem), kes tersebut akan dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth dengan serta-merta.

SKOP PERKHIDMATAN

• Menerima dan mendaftar semua kes kematian daripada wad atau unit lain dan disimpan dalam peti sejuk (jika perlu) sebelum dituntut oleh waris.

• Membantu dan memastikan pendaftaran butiran jenazah ke dalam Buku Pendaftaran Kematian dengan tepat dan lengkap.

• Mengenalpasti dan mengecam jenazah sebelum dituntut dan diserahkan kepada waris.

• Pengendalian dan pengurusan jenazah yang tidak dituntut atau tidak berwaris mengikut prosedur yang ditetapkan (sila rujuk SOP).

• Menyelaraskan pengendalian dan pengurusan jenazah yang berisiko tinggi (biohazard).

• Mengeluarkan slip Permit Mengubur MF13 dan Borang B (JPN) Daftar Kematian (Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah 1951 (CAP 123)). Untuk maklumat selanjutnya, boleh melayari website: http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kematian-sabah

• Memberi perkhidmatan pengasingan untuk penyimpanan jenazah yang beragama Islam daripada bukan Islam.

• Memberikan kemudahan tempat untuk memandikan jenazah.

• Penyimpanan dan tuntutan jenazah di mortuari beroperasi secara 24 jam.

PIAGAM PELANGGAN

• Semua waris akan dilayan secara profesional dengan jujur, mesra, hormat dan bertimbang rasa.

• Semua waris akan dimaklumkan mengenai prosedur kerja yang telah ditetapkan.

• Menerima dan mengurus jenazah mengikut agama, kepercayaan dan kebudayaannya.

NOTIS PENTING

• Hospital tidak mengenakan bayaran bagi prosedur bedah siasat (kes akan rujuk ke Hospital Queen Elizabeth) dan penyimpanan jenazah di mortuari sebelum jenazah diserahkan kepada waris.

• Hospital tidak menyediakan perkhidmatan pemeliharaan atau pembalseman jenazah.

• Hospital juga tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk jenazah.

• Waris mempunyai hak untuk memilih mana-mana syarikat undertaker untuk menguruskan perkhidmatan pengebumian. Hospital ini tidak ada kaitan dengan mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan berikut.

 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
September 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30