Pengenalan
Jabatan
Unit
Lain-lain
Rekod Perubatan

UNIT REKOD PERUBATAN

Unit Rekod Perubatan merupakan unit sokongan hospital yang bertanggungjawab menyimpan rekod-rekod perubatan pesakit dan mengendalikan Laporan Perubatan Pesakit. Unit ini mula beroperasi pada 10 November 2004 yang terletak di Aras 4, Bangunan Hospital Likas pada ketika itu.

Perjawatan

  • Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan Gred N32) - Seorang
  • Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan Gred N27) - Seorang
  • Ketua Pembantu Tadbir Gred N22- 2 Orang
  • Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 - 2 Orang
  • Pembantu Operasi Gred N11- 2 Orang
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 - Seorang

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan Jabatan Rekod Perubatan yang amanah dan dapat menjaga kerahsiaan maklumat hospital
  2. Meningkatkan taraf keselamatan Jabatan Rekod Perubatan serta tempat simpanan Rekod Perubatan Pesakit
  3. Mewujudkan satu sistem Rekod Perubatan Pesakit yang terpelihara dan boleh dirujuk bagi tujuan Maklumat Perubatan, Perawatan, Pengajaran, Pembelajaran, Perundangan dan Penyelidikan.
  4. Memahami Pengurusan Sistem Rekod Perubatan dan menyesuaikannya mengikut perkembangan teknologi dan kehendak semasa.
  5. Memastikan agar dapat mengkodkan (Coding) jenis-jenis penyakit dengan lebih depat.
  6. Memastikan agar dapat mengumpul dan menyediakan Penyata Perangkaan Hospital yang mudah, sistematik dan boleh dipercayai.

VISI

Meningkatkan taraf sistem keselematan perubatan atau penjagaan Rekod Perubatan serta maklumat kesihatan dengan mengutamakan kualiti perubatan disamping menyediakan perkhidmatan yang mesra, penyayang dan memenuhi kehendak pelanggan berlandaskan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan bagi membolehkan setiap pelanggan menikmati peningkatan mutu kesihatan dan kehidupan

MISI

Mewujudkan sistem perkhidmatan Rekod Perubatan dan Maklumat Pesakit yang berkualiti dan sistematik melalui perkhidmatan yang cekap, teratur dan memenuhi kehendak pelanggan.

new

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan (URP) adalah salah satu perkhidmatan sokongan yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan rekod perubatan fizikal, pengurusan laporan perubatan, pengurusan perangkaan Health Management Information System (HMIS) dan semua aspek yang berkaitan dengan fungsi Unit Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat kesihatan hospital.

Unit Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan, perkhidmatan hospital dan memastikan data-data HMIS tepat dan boleh dipercayai dengan pelaksanaan aktiviti pengauditan secara berterusan.

Unit ini juga bertanggungjawab untuk penyediaan Laporan perubatan, laporan kes undang-undang dan mengeluarkan laporan untuk pelbagai keperluan.

Unit Rekod Perubatan terletak di Aras 1, Pusat Perubatan Nuklear Dan Radioterapi.

Perjawatan masa kini adalah seperti berikut;

i. Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan Gred N32) - Seorang

ii. Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan Gred N27) – Seorang

iii. Ketua Pembantu Tadbir Gred N26- 1 Orang

iv. Ketua Pembantu Tadbir Gred N22- 2 Orang

v. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 - 4 Orang

vi. Pembantu Operasi Gred N11- 2 Orang

vii. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 - Seorang



VISI :

Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi kesihatan yang cemerlang.

MISI :

Menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan / Health Information Management System (SMPK/HIMS) dan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) yang efisien dan tepat melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan,mesra pelanggan dan penggunaan teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan.



OBJEKTIF :

i. Mengurus rekod perubatan pesakit dengan teratur dan selamat.

ii. Menyediakan statistik yang tepat.

iii. Menyediakan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan



SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan Rekod Perubatan adalah bertanggungjawab ke atas perkhidmatan berikut :

Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit

Perpustakaan Rekod Perubatan melalui penjilidan rekod perubatan yang teratur dan pelupusan mengikut garispanduan pelupusan rekod perubatan, (Rekod Perubatan Pesakit Dalam, Rekod Perubatan Pesakit Luar (Klinik Pakar), Borang Triage Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Filem X-ray, Buku Daftar Bersalin/Kelahiran)

Pengurusan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan

Bertindak sebagai unit perangkaan, pusat pengumpulan dan penyimpanan data serta penyediaan statistik harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Melakukan kerja-kerja pengkodan diagnosis klinikal dan prosedur.

Pengurusan Laporan Perubatan Dan Kes Medico-Legal Memberi perkhidmatan kepada orang ramai dan institusi yeng memerlukan maklumat rekod perubatan bagi tujuan perkhidmatan dan medico-legal (dalaman/luaran).

Pengurusan Pengesahan Lewat Kelahiran Memproses permohonan pengesahan lewat kelahiran.

Pengurusan Lembaga Perubatan Menguruskan Lembaga Perubatan bagi kes-kes Kerajaan dan swasta di bawah perintah am Kerajaan, PERKESO dan KWSP



PIAGAM PELANGGAN

? Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun dan jujur.

? Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa Rekod Perubatan Pesakit dan segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.

? Pelanggan yang nmemohon Laporan Perubatan boleh mendapatkan Laporan Perubatan yang mereka pohon dalam masa 4 minggu (28 hari) wakltu bekerja selepas membuat pembayaran yang telah ditetapkan.

? Laporan Perubatan yang melibatkan kes “Medico-Legal” (kes perundangan) boleh diperolehi dalam masa 4 minggu (28 hari) wakltu bekerja selepas permohonan diterima kecuali kes-kes yang yerlalu rumit.

? Pelanggan yang memohon Pengesahan Lewat Kelahiran boleh mendapatkan pengesahan berkenaan dalam masa 4 minggu selepas permohonan diterima.



WAKTU OPERASI

Unit Rekod Perubatan beroperasi pada waktu pejabat :

Perkhidmatan kaunter :

Isnin – Khamis

8.00 am - 1.00 pm
2.00 pm - 5.00 pm

Jumaat

8.00 am - 11.30 am

2.45 pm - 5.00 pm

Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan