Pengenalan
Jabatan
Unit
Lembaga Pelawat
Jabatan Anaestisiologi



PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi mula beroperasi pada bulan Mac 2005 dengan 2 dewan bedah untuk pembedahan am, 4 katil untuk penjagaan pesakit di Unit High Dependency dan Perkhidmatan Makmal Respiratori.

Kini, perkhidmatan Jabatan Anestesiologi sudah berkembang ke jumlah 9 dewan bedah; 4 di Dewan Bedah Am bertempat di blok utama Aras 3, 2 di Dewan Bedah Materniti bertempat di blok utama Aras 2 dan 2 lagi di Dewan Bedah Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi (PPNR) bertempat di blok PPNR aras 3 dan 1 Dewan Bedah Brachytherapy.

Sejumlah 6 katil untuk penjagaan pesakit di Unit Rawatan Rapi Umum, 5 katil di Unit Rawatan Rapi Pembedahan Kanak-kanak bertempat di Aras 3 Blok utama dan 4 katil di Unit High Dependency di Blok PPNR.



VISI

Menjadi sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan yang perubatan yang professional, mengutamakan pelanggan dan efisien selaras dengan perkembangan keperluan.



MISI

Kami komited untuk mengamalkan perubatan anesthesia (bius) dan rawatan rapi yang berkualiti lagi efektif dengan bergabung bersama perkhidmatan-perkhidmatan relevan yang lain bagi memuaskan hati pesakit-pesakit kami



Memastikan staf yang efisien, berkemahiran dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas



Melaksanakan pemantauan berkala ke atas peralatan bagi memastikan ianya selamat dan berfungsi untuk digunakan.



OBJEKTIF JABATAN ANESTESIOLOGI

1. Memberi rawatan yang professional, efektif, komprehensif dan selamat dalamrawatan peri-operatif anesthesia, rawatan intensif dan mengurangkan kesakitan pesakit

2 Menggalakkan pendekatan berkumpulan dan bekerjasama dengan disiplin-disiplin lain yang terdapat di Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah supaya dapat memberikan perkhidmatan yang komprehensif dan berkesan kepada para pesakit.



PERKHIDMATAN

1.Fungsi utama perkhidmatan adalah untuk memberikan anestesia kepada pesakit yang menjalani pembedahan.

2. Perkhidmatan 24 jam untuk penjagaan pesakit di unit rawatan rapi dan perkhidmatan anestesia bagi kes-kes kecemasan dan elektif

3. Antara disiplin yang terlibat termasuklah Obstetrik Dan Ginekologi serta Pediatrik (surgeri, ortopedik,oftalmologi, ENT, maxillofacial, neurosurgeri dan onkologi) serta Radioterapi

4. Perkhidmatan lain yang disediakan termasuk remote anaesthesia dan perkhidmatan kesakitan akut (APS). 5. Klinik Anestetik merupakan klinik pesakit luar yang memberikan perkhidmatan penilaian preoperatif kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif



PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan cekap, ikhlas dan mesra.

2. Keselamatan pesakit akan diberi keutamaan dalam semua rawatan pembedahan dan penjagaan pesakit

3. Semua pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan Anestesia sebelum dipindahkan ke wad berkenaan

 
W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan
Kalendar
April 2017
Add event Submit event
S M T W T F S
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30