Jabatan Farmasi


OBJEKTIF

Untuk memberikan perkhidmatan Farmasi yang berkualiti dan bermutu kepada pesakit-pesakit di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS)

FARMASI PESAKIT LUAR

Farmasi Klinik Pakar (FKP):

A. Farmasi Klinik Pakar HWKKS yang terletak di Lobi Utama.Terdapat 4 kaunter disediakan untuk menyalurkan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan.

Petugas Jab. Farmasi HWKKS terdiri dari Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang beroperasi 24 jam.



B. Farmasi KlinikPakar PPNR yang terletak di Aras 1 Bangunan Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi.

Mempunyai 3 kaunter perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi.

Perkhidmatan kaunter bermula dari jam 7.30pagi sehingga jam 5.00 petang hanya pada hari bekerja.



FUNGSI

Peranan utama Farmasi Klinik Pakar adalah untuk memastikan pesakit mendapat bekalan ubat-ubatan berlabel yang berkualiti , berkesan dan selamat, di samping memberi penerangan yang lengkap dan jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan.

Berdasarkan Key Performace Indicator (KPI) yang diperkenalkan beberapa tahun lepas, setiap pesakit akan diberiperkhidmatan dalam masa 30 minit.

Perkhidmatan kaunseling tentang penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul kepada pesakit juga diberikan kepada pesakit yang memerlukan di bilik kaunseling.



Perkhidmatan Tambah Nilai yang diperkenalkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah pesakit di kaunter farmasi dan seterusnya mengurangkan masa menunggu pesakit di farmasi telah menawarkan 3 servis utama iaitu Sistem Pendispensan Ubat-Ubatan Bersepadu (SPUB), SMS dan Ambil dan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M).

SPUB ialah satu siste mmembekalkan ubat-ubatan melalui preskripsi SPUB di mana pesakit boleh mendapatkan bekalan usulan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenaraid alam Direktori SPUB melalui sistem rujukan yang seragam.

Perkhidmatan SMS & Ambil turut disediakan sejak tahun 2008. Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit tidak perlu beratur dan menunggu lama mengambil ubat.Pesakit hanya perlu menghantar SMS lengkap dengan butir maklumat pesakit dan hari untuk mengambil ubat.

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus kelokasi pilihan pesakit dengan menggunakan syarikat kurier dengan cajkiriman yang telah ditetapkan.

FARMASI PESAKIT DALAM

Farmasi Pesakit Dalam HWKKS terletak di tingkat satu, bersebelahan dengan Klinik Pediatrik.

Peranan Farmasi Pesakit Dalam adalah sepertiberikut:

1. Menyaring dan meluluskan semua permohonan dan bekalan ubat-ubatan kepada wad dan unit-unit pemesan.

2. Menyaring profil pesakit bagi bekalan ‘unit of use’ untuk memastikan permohonan ubat adalah rasional dan supaya pembekalan dibuat dengan tepat.

3. Menyediakan perkhidmantan kaunseling kepada pesakit di wad.

4. Menjalankan pemeriksaan stok di wad dan unit pengguna.



Waktu Perkhidmatan

Isnin-Khamis

8:00am – 1:00pm

2:00pm – 5:00pm

Jumaat

8:00am – 11:30am

2:00pm – 5:00pm



Farmasi Satelit

Farmasi Satelit terletak di tingkat 6 bangunan HWKKS.

Farmasi Satelit ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan pesakit dalam secara tepat dan cekap.

Farmasi Satelit akan memberi perkhidmatan kepada wad-wad orang dewasa, “Pediatrics-Surgery ICU” dan dewan bedah yang terletak di dalam HWKKS.

Antaraperkhidmatan yang dibekalkan oleh Farmasi Satelit termasuklah pembekalan ubat kepada pesakit dalam wad, pengisian ubat “Floor stock” dan kaunseling pesakit.

Waktu Perkhidmatan:

Isnin - Jumaat 8:00 am – 5:00 pm



PERKHIDMATAN REKONSTITUSI UBAT SITOTOKSIK

Perkihdmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik diperkenalkan kepada Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) sejak Julai 2006.Unit fasiliti bilik bersih pada masa itu adalah terletak di dalam Wad Kenanga 5 di Tingkat 6, Bangunan HWKKS.

Perkihdmatan CDR membekalkan ubat sitotoksik kepada fasiliti HWKKS sahaja.

PadaTahun 2013, Perkhidmatan CDR telah dipindahkan kepada bangunan baru dengan fasiliti bilik bersih yang lengkap. Sejakitu, ubat sitotoksik juga dibekalkan kepada Hospital Queen Elizabeth dan hospital lain di pantai barat Sabah. Ubat sitotoksik (tanpa direkonstitusi) juga dibekalkan kepada Hospital Duchess of Kent, Hospital Tawau dan Hospital LahadDatu.

Beban kerja CDR telah meningkat daripada 43 sediaan/sehari pada tahun 2010 kepada kira-kira 100 sediaan/sehari sekarang.



Perkhidmatan IV Admixtur

Perkhidmatan IV Admixtur bermula pada November 2008 dengan fasiliti bilik bersih dan unit ini terletak di dalam Wad Kenanga 5 di Tingkat 6, Hospital Wanita &Kanak-kanak Sabah.

Perkhidmatan IV Admixtur melibatkan pembekalan ubat antibiotik yang telah direkonstitusi kepada 8 wad, iaitu wad Melur 1, Melur 2, NICU L2, NICU L3, PICU, ICU, PSICU dan 4A Pediatrik Onkologi.

Selain itu, kami juga bertanggungjawab dalam menyediakan Heparinized Saline kepada semua wad pediatrik di hospital ini kecuali wad Pediatrik Onkologi dan PSICU.



Perkhidmatan Nutrisi Parenteral (TPN) TPN merupakan sebuah unit aseptic yang menyediakan persediaan nutrisi yang diberikan kepada pesakit melalui salurah darah.

Unit ini memulakan operasi pada April 2010. Walaupun kompaunding TPN telah pun dipindahkan berpusat di Hospital Queen Elizabeth II sejak July 2013, unit TPN di HWKKS masih berfungsi dari segi pemantauaan permintaan dan pembekalan TPN kepada semua wad yang memerlukan nutrisi parenteral seperti bayi pramatang dan pesakit yang tidak dapat menyerap nutrisisecara normal.



Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (TDM)

Perkhidmatan TDM telah dimulakan ejak November 2010 dan analisa sampel darah dibuat di HQE dan HWKKS bergantung kepada jenis ujian yang perlu dijalankan.

Untuk kes TDM dari HWKKS, pegawaif armasi TDM HWKKS akan membuati nterpretasi pada waktu pejabat, manakala kes-keskecemasan di luar waktu pejabat dibuat oleh oncaller pegawai farmasi HWKKS.

TDM bolehdigunakanuntuk:

1. Memastikan atau menukar dosage regimen.

2. Menentukankeberkesananubat.

3. Membantumamastikan toxicity ubat.

4. Menyemaktahapkompliant terhadap ubattersebut.

5. Mengurangkanrisiko terhadap masalah medico-legal.

FARMASI WAD

Pegawai farmasi telah itempatkan di wad untuk bekerjasama dengan anggota lain bagi memastikan pesakit menerima rawatan ubat yang selamat dan berkesan.

Aktiviti Farmasi Wad merangkumi:

i. Pengambilan sejarah pengubatan pesakit

ii. Menilai, memantau dan reviu rawatan ubat pesakit

iii. Menyertai rondaan wad

vi. Memberi kaunseling ubat-ubatan

vii. Membuat perancangan pengubatan discaj bagi memastikan kesinambungan rawatan

viii. Memberi maklumat berkaitan ubat dan racun kepada anggota lain di wad



PERKHIDMATAN INFORMASI UBAT (DIC)

Antara perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Informasi Ubat dan Racuna dalah menjawab dan memberikan maklumat terhadap setiap pertanyaan yang diterima, menganalisa dan menyampaikan maklumat yang diperlukan dengan tepat beserta bukti, mendokumenkan setiap pertanyaan dan maklumat yang diberi secaras istematik, berpengetahuan dalam perkembangan ubat semasa, membuat penilaian & pemeliharaan untuk memberikan sokongan dalam Pharmacy, menyediakan buletin atau penerbitan berita terbaru, membuat prosedur di dalam evaluasi Adverse drug Reaction, mengumpulkan data yang tepat & membuat laporan berkaitan perkhidmatan yang diberikan. Manakala aktiviti pendidikan adalah mencari bahan, menyediakan & member ceramah kepada rakan sejawat & staf kesihatan lain serta berkomunikasi & membincangkan case studies.



FARMASI LOGISTIK

Farmasi Logistik mula beroperasi pada Dis 2004 dan ia terbahagi kepada StorUbat, Stor Bukan Ubat dan Stor Bahan Mudah Terbakar.

Fungsi Farmasi Logistik adalah perolehan, pemesanan, penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran ubat, bukan ubat, alat-alat pakai buang dan gas perubatank epada unit-unit pengguna di Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah sahaja.



This article comes from Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
http://hwkks.moh.gov.my

The URL for this story is:
http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=10