Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran. Ia juga turut menjadi pusat rujukan kepada hospital-hospital di seluruh daerah Negeri Sabah. Malah Jabatan Pediatrik di hospital ini turut dirujuk oleh Hospital W.P Labuan dan Hospital Lawas, Negeri Sarawak. Antara Komponen yang terdapat dalam Jabatan Pediatrik termasuklah Unit Rawatan Talasemia, Klinik Hemato dan Onkologi, Klinik Pakar Pediatrik, Unit Retrieval Paediatrik dan Neonat. Wad-wad di bawah Jabatan Pediatrik: NICU Level 1 care: 58 KatilLevel 2 care: 24 Katil Level 3 care: 14 Katil PICU: 12 Katil Wad Melur 1: 50 Katil Wad Melur 2: 54 Katil Wad 4A (Pediatrik Onkologi): 28 Katil Wad 4B (Pediatrik Hematologi): 28 Katil Bone Marrow Transplant: 3 Katil Jumlah Keseluruhan Katil: 271 SKOP PERKHIDMATAN 1. Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada kanak-kanak dari lahir sehingga umur 18 tahun. Perkhidmatan tersebut merangkumi: a)Perkhidmatan pesakit dalamb)Klinik Pakar Kanak-Kanak c)Perkhidmatan perubatan untuk kanak-kanak dipanjangkan ke peringkat Komuniti d)Immunisasi untuk kes-kes cicir 2. Memberi latihan kepada pegawai perubatan, jururawat dan paramedik dalam perawatan pediatrik dan sub kepakaran 3. Bertindak sebagai advokasi bagi isu-isu yang berkaitan dengan kanak-kanak dan Kesihatan remaja 4. Menjalankan aktiviti kualiti yang berterusan, sistem kesihatan dan penyelidikan klinikal PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN Perkhidmatan Sub kepakaran yang disediakan oleh Jabatan Pediatrik HWKKS: 1) Neurologi 2) Onkologi / Hematologi 3) Penyakit Berjangkit 4) Kardiologi 5) Endokrin 6) Rawatan Rapi Pediatrik 7) Neonatology 8) Nefrology OBJEKTIF 1) Mengurangkan kadar kematian dan mobiditi dikalangan bayibaru lahir dan pesakit pediatrik. 2) Semua pesakit pediatrik dan neonate yang dimasukkan ke hospital mendapat rawatan perubatan yang komprehensif untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental yang sihat. 3) Memberi pendidikan kesihatan dan tunjuk ajar kepada ibu/bapa/penjaga agar dapat meneruskan perawatan dirumah. VISI BAHAGIAN/UNIT Jabatan Pediatrik, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah akan menjadi sebuah pusat yang berprestij dalam perawatan pediatrik perubatan di Negeri Sabah, dan pusat rujukan utama untuk pesakit pediatrik dalam negeri. MISI BAHAGIAN/UNIT Jabatan Pediatrik, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti mengikut strategi (dalam piagam pelanggan seperti yang) berikut:
|
This article comes from Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah http://hwkks.moh.gov.my The URL for this story is: http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=15 |