Unit Kualiti |
PENGENALAN Unit Kualiti ditubuhkan untuk memantau, melaksana dan memastikan semua aktiviti-aktiviti kualiti yang dirancang oleh hospital, jabatan dan kementerian dikendalikan dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan. OBJEKTIF Untuk mengendalikan semua aktiviti yang berkaitan kualiti bagi menjamin perkhidmatan serta hasil kerja yang dilaksanakan menepati dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh hospital, jabatan dan kementerian berkualiti tinggi. AKTIVITI Penyelaras aktiviti-aktiviti kualiti Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah ![]() ANUGERAH Anugerah-anugerah kualiti yang diperolehi oleh Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah tiga tahun terakhir (2008 hingga Mei 2011) Anugerah Ke-3 Inovasi 2008 (Kategori Teknikal) peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Johan Konvensyen QA (Kategori Poster) sempena Hari Inovasi 2009 peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Anugerah Pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 12 Januari 2011 Anugerah Emas Kumpulan Wish Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah sempena Mini Konvensyen ICC Wilayah Sabah 2011 Anugerah Emas Kumpulan Avatar Hospital Wanita Dan Kanak-kanak Sabah sempena Mini Konvensyen ICC Wilayah Sabah 2011 Anugerah The Most Promising Innovative And Creative Circle 2011 Kumpulan Avatar sempena Mini Konvensyen ICC Wilayah Sabah 2011 |
This article comes from Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah http://hwkks.moh.gov.my The URL for this story is: http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=30 |