Unit Promosi Kesihatan
UNIT PROMOSI KESIHATAN PENGENALAN Unit Promosi Kesihatan, Hospital Likas ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 2006. Ianya terletak di aras 4, Hospital Likas. Buat masa ini ia beroperasi dengan kemudahan yang terbatas. Unit ini dianggotai oleh 1 Pegawai Promosi Kesihatan S44, 1 Jururawat Masyarakat U24 dan 1 Pembantu Tadbir N17 OBJEKTIF Menyediakan perkhidmatan Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit Hospital secara menyeluruh. SKOP PERKHIDMATAN
•Merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pesakit di Hospital
•Merancang, menerbit dan mengedar bahan-bahan pendidikan pesakit di hospital
•Mengurus Sambutan/Pameran Hari-hari Khas Kesihatan di hospital
•Mengurus dan memastikan penyelanggaraan peralatan audio visual hospital yang ada dalam simpanan
•Memberi khidmat rundingan dan penilaian program pendidikan pesakit
•Mengenalpasti keperluan latihan promosi kesihatan yang sesuai untuk anggota untuk keperluan semasa
This article comes from Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
http://hwkks.moh.gov.my

The URL for this story is:
http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=34