Perubatan Tradisional dan Komplementari

UNIT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) /
(Traditional & Complimentary Medicine, TCH of HWKKS)

PENGENALAN DAN OBJEKTIF

KKM telah melancarkan dasar PT&K kebangsaan pada tahun 2001 dengan visi untuk mengintergrasikan PT&K ke dalam system penjagaan kesihatan kebangsaan.Oleh itu,Unit PT&K Hospital Wanita&Kanak-Kanak Sabah telah ditubuhkan pada 6 Disember 2013 dan telah beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2014.Unit ini menawarkan tiga perkhidmatan iaitu rawatan herba,urutan melayu dan akupuntur.

Unit PT&K bertujuan memberi rawatan komplementari kepada rawatan konvensional(conventional medicine).Ianya tidak bertujuan untuk mengambil alih rawatan konvensional. Contohnya, pesakit pasca angin ahmar diberi rawatan urutan tradisional di samping rawatan rehabilitasi dengan harapan membantu proses penyembuhan. Unit PT&K HWKKS bertempat di lokasi 50meter dari kantin hospital.



WAKTU OPERASI

Isnin-Khamis :

8:00 pagi - 1:00 petang

2:00 petang - 5:00 petang



Jumaat :

8:00 pagi - 11:30 pagi

2:00 petang - 5:00 petang

* Tutup pada hujung minggu dan cuti umum. 2:00 petang - 5:00 petang

PERKHIDMATAN



1. RAWATAN HERBA

Perkhidmatan rawatan herba disediakan kepada pesakit-pesakit kanser sebagai rawatan sokongan/sampingan untuk rawatan kanser konvesional(iaitu pembedahan,radioterapi dan kemoterapi).Tujuan rawatan herba adalah untuk:

*Meningkatkan kualiti hidup pesakit

*Mengurangkan kesan sampingan akibat daripada rawatan kanser(loya,keletihan,hilang selera makan dan lain-lain)

Pesakit akan diperiksa terdahulu oleh pengamal dan campuran ubat herba yang telah ditentukan akan disediakan dalam bentuk granul yang dibungkus dalam uncang akan diberi kepada pesakit.



2. URUTAN TRADISIONAL MELAYU

Urutan tradisional melayu adalah manipulasi tisu badan seperti otot, sendi dan urat saraf. Ia membantu melancarkan darah,mengurangkan kesakitan otot,meningkatkan imuniti dan menggalakkan kesihatan tubuh secara umumnya.

Indikasi untuk rawatan urutan melayu di unit PT&K HWKKS:

*Kesakitan Kronik (Chronic pain)

*Pasca angin ahmar (stroke)



3.AKUPUNTUR

Akupuntur merupakan suatu bentuk rawatan tradisional Cina dimana jarum-jarum halus dimasukkan melalui titik-titik spesifik pada anggota badan pesakit. Terapi ini secara umumnya digabungkan dengan rawatan bekam(“cupping”)untuk mengurangkan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah sebelum rawatan akupuntur dijalankan

Indikasi untuk rawatan akupuntur di unit PT&K HWKKS:

*Kesakitan kronik (Chronic pain)

*Pasca angin ahmar (stroke)



PROSEDUR PENGURUSAN PESAKIT DI UNIT PT&K HWKKS

1. Pesakit dirujuk(surat rujukan) oleh pakar atau pegawai perubatan yang berdaftar dibawah Majlis Perubatan Malaysia(Malaysian Medical Council)dan dialamatkan kepada ketua Unit PT&K.

2. Maklumat yang diperlukan:

-Complete diagnosis,laboratory profiles,radio imaging report

-Treatment/drug regimens,other relevant information

3. Temujanji/pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian
088-522600, sambungan 569 rawatan herba dan urutan),
674 (rawatan akupuntur).

4. Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan Unit PT&K terlebih dahulu sebelum menerima rawatan yang ditentukan.Para pesakit tidak dibenarkan berurusan terus dengan para pengamal perubatan tradisional.
This article comes from Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
http://hwkks.moh.gov.my

The URL for this story is:
http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=43