Clinical Research Center (HWKKS)

PENGENALAN

Pusat Penyelidikan Klinikal atau Clinical Research Centre (CRC), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 Februari 2011. Unit ini diketuai oleh Dr Flora Chong Li Tze dan timbalan adalah Dr Heng Hock Sin.

Unit ini mempunyai seorang pegawai perubatan, 3 pegawai penyelidik dan 2 kakitangan Clinical Research Malaysia (CRM).

Unit ini berfungsi untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal yang berkualiti dan beretika untuk meningkatkan kesihatan pesakit di HWKKS. Selain menjalankan penyelidikan klinikal dan menyediakan perkhidmatan penyelidikan khususnya dari segi pentadbiran, CRC HWKKS juga menjalankan kursus dan latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatistik perubatan dan bengkel Good Clinical Practice (GCP).

VISI

Untuk menggalak, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti serta latihan dalam penyelidikan di HWKKS.

MISI

Untuk meningkatkan kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.

OBJEKTIF

1. Untuk menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan pekerja perawat kesihatan di HWKKS dan seluruh Sabah

2. Untuk menyebarkan kemahiran dalam metodologi, statistik dan teknik-teknik dalam merekabentuk dan menjalankan ujian klinikal.

3. Untuk melengkapkan pekerja perawat kesihatan dengan prinsip metodologi dan biostatistik dalam penyelidikan klinikal.

PERKHIDMATAN

• Menyokong dan membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan:

a) Pangkalan data bagi para pakar perubatan yang berminat dengan penyelidikan – menurut bidang yang diminati, rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri atau Industry Sponsored Research (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik atau Investigator Initiated Research (IIR) dan hasil-hasil penerbitan;

b) Sokongan teknikal seperti analisis statistik;

c) Sokongan pentadbiran seperti menyediakan pembantu penyelidik dan penyelaras penyelidikan;

d) Sokongan fasiliti seperti IT, pengisian statistik dan sebagainya; dan terminal bekerja berkomputer;

• Membantu dalam pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical Research Register) dan memohon geran untuk penyelidikan

• Membantu dan engambil bahagian dalam penyelidikan-penyelidikan klinikal dan segala penyelidikan yang dimulakan atau yang dikoordinasi oleh CRC Kebangsaan.

• Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:

i. Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), bengkel asas kaedah penyelidikan dan biostatistik, penulisan saintifik, pengenalan kepada penyelidikan klinikal dan sebagainya.

ii. Menjalankan klinik penyelidikan- mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan, rekabentuk penyelidikan, protokol dan analisa statistik;

PIAGAM PELANGGAN

CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan :

1.Membantu pelanggan dalam penyelidikan klinikal.

2.Menerbit dan membentangkan hasil penyelidikan dalam tempoh masa setahun selepas tamat penyelidikan.

3.Menyelaraskan Industry Sponsored Research (ISR) di fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

This article comes from Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
http://hwkks.moh.gov.my

The URL for this story is:
http://hwkks.moh.gov.my/modules/content/index.php?id=45