Pengenalan
Jabatan
Unit
Lain-lain
Aktiviti Hospital : Iklan JAWATAN KOSONG SAMBILAN
Posted by admin on 2019/2/1 2:40:00 (435 reads)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) -Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah.

klik tajuk untuk baca lebih lanjut...


IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Jawatan : Pembantu Tadbir ( Perkeranian/Operasi) N19

Kementerian / Jabatan : Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah

Bilangan Kekosongan : Enam Belas (16)

Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Taraf Jawatan : Sambilan

Gaji Harian : RM 54.00 sehari

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C).

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai sijil komputer / berkemahiran mengendalikan komputer.

Cara memohon :

i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh muat turun di bahagian akhir iklan ini. (atau klik di sini)

ii. Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan], sijil-sijil akademik, Resume / biodata terkini dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

iii. Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

iv. Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk temuduga.

v. Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas satu (1) minggu dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

vi. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm X 22cm dan ditulis nama jawatan disudut atas sebelah kiri.
Gambar berukuran passport yang terkini hendaklah dikepilkan bersama dengan borang permohonan dan dihantar ke alamat:

Unit Perjawatan Dan HRMIS
Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak,
Peti Surat 187, 88996 Kota Kinabalu,
Sabah.

vii. Tarikh tutup permohonan tidak lewat atau pada 8hb Febuari 2019 (Jumaat).


Sila muat turun borang permohonan
di sini

W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan