Pengenalan
Jabatan
Unit
Lain-lain
Aktiviti Hospital : Iklan Jawatan Kosong
Posted by admin on 2019/12/11 23:53:57 (271 reads)

TAWARAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN LANTIKAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC), HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


TAWARAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN LANTIKAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC), HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK SABAH,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
1. Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia mengisi lantikan secara sambilan di Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. JAWATAN : PEGAWAI PENYELIDIK.
Kod Jawatan : Q41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Skim Perkhidmatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Kekosongan : 1
Penempatan : CRC, Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah
Tempoh Berkhidmat : 3 Bulan
Gaji : Gaji Bulanan - RM 100.00 sehari
Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut :-
a. warganegara Malaysia
b. berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
d. kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus ujian lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
3. CARA MEMOHON
3.1 Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang KKM.SM-1/99.Pin.1/2001 yang boleh didapati melalui email : crclikas@gmail.com atau mengambil di pejabat CRC,
Pusat Penyelidikan Klinikal
Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No. 187
88996 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel: 088-522 600 ext. 2272 Faks: 088-435 734
Emel: crclikas@gmail.com
Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah seperti alamat di bawah :
Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC)
Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah (Hosp. Likas)
Perpustakaan, Tingkat 7, Pusat Perubatan Nuklear & Radioterapi,
88996 Kota Kinabalu, Sabah
3.2 Dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan borang permohonan :
3.2.1 Sekeping gambar berukuran passport;
3.2.2 Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, sijil-sijil persekolahan / SRP / PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan benar dari salinan asal ; dan
3.2.3 Butiran maklumat peribadi (Resume)
3.3 Borang permohonan akan diedarkan di Pejabat CRC mulai pada 11 Disember 2019. Hanya permohonan yang melepasi ketetapan syarat lantikan dan mempunyai dokumen-dokumen yang lengkap sahaja akan diutamakan. Sila berhubung dengan Kueh Bing Ling/Halwe Diris (088-522600 ext 2272| kuehbl@crc.moh.gov.my | minhalroy94@gmail.com|).
4. TEMUDUGA
Hanya calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan : 27 Disember 2019, Jumaat jam 04:00 petang.

W3C

A-      A+


reset
Log Masuk

Klik untuk log masuk
Pautan